Sunday 28 February 2016

ROTI COKLAT ROLL (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua ROTI COKLAT ROLL hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Munirah Mansor. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-




Rangup diluar..lembut didalam..tambah plak ada coklat cair bila nak makan.. 
dari anak2 sampai ke ibu ayah pun suka makan..

Bahan A:
1 peket yis mauripan
2 sb susu pekat
2 sb gula
1 cawan air suam
Campurkan semua bahan diatas..tunggu sehingga kembang.

Bahan B:
4cawan tepung gandum
2 sb marjerin
2 sk baking powder
1sk garam
Gaulkan bahan diatas jadi seperti serbuk roti.

Campurkan bahan A dan B dan rehatkan 45min.. lepas 45min tumbuk doh untuk keluarkan angin..then boleh canaikan seperti gambar dibawah ..
Selamat mencuba..
# sesiapa yang tak sempat buat boleh la beli dengan saya dipage :



1.Canai doh jangan terlalu nipis.. nanti bila doh kembang semula bahagian 
bawah akan carik dan chocolate keluar.

2.Guna coklat filling @ spread..dkt kedai kek ada jual.



Bila doh dah kembang..then boleh goreng



Goreng sekejap je untuk buat frozen




roti coklat roll selepas digoreng



Coklat cair pas goreng..awas...panas coklat tu 


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Munirah Mansor

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

KARI TELUR PERANTAU (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua KARI TELUR PERANTAU hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Sue Lingenfelter. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

KARI TELUR PERANTAU


2 ulas garlic
1 inci halia
I biji bawang besar
Hiris garlic, halia dan bawang besar
1 tangkai daun kari
Serbuk kari (I love babas, beli masa blk mesia last year)
1 tin santan
Ayam (in my case I guna bahagian tulang for stock sebab isinya I nak masak sambal bali).
Telur (I always rebus telur dulu since my hubby suka macam tu)
Potato




Tumis bahan hiris dan daun kari dgn sedikit minyak masak sampai naik bau dan bawang layu.
 I always put garlic last since garlic cepat masak.

KARI TELUR PERANTAU

Masukkan serbuk kari, masak kejap, jika perlu masukkan air sedikit, 
then masukkan ayam dan potato. Kecilkan api, biarkan kejap .

KARI TELUR PERANTAU

Then masukkan santan, my case since guna santan dlm tin, I mix with 2 cawan air. Masak sampai ayam dan potato lembut. Masukkan telur rebus, dan garam serta sedikit gula serta air asam. Siap.


This is how my mat saleh hubby makan kari ayam


Here our simple dinner malaysian food, kari telur, ayam sambal bali dan jelatah.


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA

KARI TELUR PERANTAU

Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Sue Lingenfelter

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua IKAN MASAK PEDAS ALA THAI hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Medina Kitchen. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI



B.putih
B.Holland(besar) 
Daun limau purut
Serai
Cili api




Dah siap potong. Dan ada bahan lain jgk. sos cili, sos tiram cili boh.



Panaskan kuali. Letak satu senduk minyak. 
Masukkan bwg putih dan bwg holland. Kacau seketika

P/S: uolls boleh guna kuali, hari ni saya guna periuk , 

sebab kuali dah guna untuk goreng ikan. Hahaha



Masukan 3 bahan yang lain. Kacau seketika



Masukan 5 sudu cili boh, atau cili kering yang di blender

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI

Sos tiram, lebih kurang 2 sudu besar



Sos cili 2 sudu besar



Masukkan garam satu sudu kecil. dua sudu kecil gula . perah sedikit air limau , dan tambah semangkuk kecil air. Kacau2. Tunggu sehingga masak

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI


Lastly tuang kuah panas-panas atas ikan siakap yang siap di goreng. 
Rasa dia masam2 manis. Sedap yumyum. 

P/S : boleh jgk guna ikan kembung, bawal ikan keli.

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA

Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Medina Kitchen

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com